gambar jamaah solat tarawih
Sholat

Niat Solat Tarawih

Panduan lengkap rumi ✔niat ✔hukum ✔jumlah rakaat ✔dan waktu yang paling mustajab mengerjakan 🙏 solat tarawih. Jangan lewatkan di bulan Ramadhan ni.

Dalam artikel ini saya akan menjelaskan tentang niat doa tarawih rumi bagi anda yang tidak bisa membaca bahasa bacaan arab.

Dan penjelasan detail mengenai pengertian, hukum, niat solat tarawih berjemaah, niat solat tarawih ikut imam dan niat solat tarawih sendiri.

Sementara doa selepas solat tarawih bisa Anda baca disini.

Pengertian Solat Tarawih

Solat tarawih adalah ibadah yang dilakukan pada saat bulan Ramadhan tiba dan biasanya dilakukan selepas bakda sholat isya dan sebelum solat witir.

Solat tarawih ini sangat disarankan untuk orang-orang yang beriman kerana ada kebaikan didalamnya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadits

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa ibadah (tarawih) di bulan Ramadhan seraya beriman dan ikhlas, maka diampuni baginya dosa yang telah lampau” (HR al-Bukhari, Muslim, dan lainnya).

Sejarah Solat Tarawih

Solat tarawih dilakukan Nabi pada tanggal 23 Ramadhan tahun kedua selepas hijrah.

Pada waktu itu Rasulullah mengerjakannya tidak selalu di masjid, terkadang di rumah. Sebagaimana dijelaskan dalam hadist:

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى مِنْ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:

“Dari ‘Aisyah Ummil Mu’minin radliyallahu ‘anha, sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam solat di masjid, lalu banyak orang solat mengikuti beliau. Pada hari ketiga atau keempat, jemaah sudah berkumpul (menunggu Nabi) tapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam justru tidak keluar menemui mereka. Pagi harinya beliau bersabda, ‘Sungguh aku lihat apa yang kalian perbuat tadi malam. Tapi aku tidak datang ke masjid karena aku sangat takut ketika solat ini diwajibkan atasmu.” Sayyidah aisyah berkata, ‘ia berlaku pada bulan Ramadan’.”(HR Muslim dan Muslim).

Dari hadis diatas bisa ditarik kesimpulan bahwa:

  • Nabi melaksanakan solat tarawih berjemaah di masjid hanya dua malam. Dan beliau tidak hadir melaksanakan solat tarawih bersama-sama di masjid karena takut atau khawatir solat tarawih akan diwajibkan kepada umatnya.
  • Solat tarawih hukumnya adalah sunnah, karena sangat digemari oleh Rasulullah dan beliau mendorong orang-orang untuk menggalakkannya.
  • Dalam hadis di atas tidak ada penyebutan bilangan rakaat dan ketentuan rakaat shalat tarawih secara rinci.

Kapan Solat Tarawih Dikerjakan?

Seperti yang sudah saya sebutkan di awal, solat tarawih dilakukan selepas solat isya dan sebelum solat sunnah witir.

Agar bisa mendapatkan pahala yang berlipat disarankan untuk melakukan solat tarawih secara berjemaah.

Hukum Solat Tarawih

Solat tarawih hukumnya sunat bagi laki-laki dan perempuan diantaranya berdasarkan hadis yang disebutkan diatas. Dalam hadist lain juga disebut.

Menurut hadist dari Abi hurairah radliyallahu ‘anh Rasulullah bersabda

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرَغِّبُ فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيهِ بِعَزِيمَةٍ فَيَقُولُ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya:

Rasulullah gemar menghidupkan bulan Ramadhan dengan nasihat yang tidak keras. Beliau berkata: ‘Barangsiapa yang menggalakkan ibadah (solat tarawih) di bulan Ramadhan hanya kerana iman dan mengharapkan ridha dari Allah, maka baginya di ampuni dosa-dosanya yang susah lewat” (HR Muslim).

Menurut beberapa ulama setuju bahwa “I” di dalam hadis tersebut mengacu pada makna solat tarawih.

Walaupun beberapa ulama berbeza dalam pendapat mengenai hal ini.

Jumlah Rakaat Solat Tarawih

Tak ada ketentuan khusus dari nabi mengenai jumlah rakaat solat tarawih.

Pada masa Sayyiduna Umar bin Khattab solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat tanpa witir dan telah dispekati oleh kaumnya.

Kesepakatan ini datang dari kebanyakan ulama salaf dan khalaf.

Bahkan ini telah menjadi ijma; semua mazhab: Syafi’i, Hanafi, Hanbali dan Maliki.

Tapi ada perbezaan antara kalangan mazhab Maliki yakni 20 rakaat dan 36 rakaat.

Imam Malik sendiri memilih 8 rakaat walaupun mayoritas malikiyah sependapat dengan Syafi’iyyah, Hanabilah dan Hanfiyah yakni 20 rakaat.

Niat Solat Tarawih

Sebagai mana solat tarawih yang dikerjakan oleh Nabi yang bisa dikerjakan di rumah maupun berjamaah di masjid, niatnya pun juga berbeza yakni sendiri dan berjamaah.

Adapun berikut niat solat tarawih sendiri

1. Niat solat tarawih sendiri

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً لِلهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak‘atayni mustaqbilal qiblati adā’an lillāhi ta‘ālā.

Maksudnya:

“Saya niat salat sunnah tarawih dua raka’at menghadap kiblat karena Allah Ta’ala.”

2. Niat solat tarawih berjemaah (makmum)

Adapun berikut bacaan niat solat tarawih jika dilakukan secara berjama’ah dan Anda bertindak sebagai makmum

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak‘atayni mustaqbilal qiblati adā’an ma’mūman lillāhi ta‘ālā.

Maksudnya:

“Aku menyengaja sembahyang sunnah tarawih dua rakaat dengan menghadap kiblat, tunai sebagai makmum karena Allah.”

3. Niat solat tarawih untuk imam

Jika Anda bertindak sebagai imam solat tarawih, berikut lafaz bacaan yang harus dibaca

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ أَدَاءً إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak‘atayni mustaqbilal qiblati adā’an imāman lillāhi ta‘ālā.

Maksudnya:

“Aku menyengaja sembahyang sunnah tarawih dua rakaat dengan menghadap kiblat, tunai sebagai imam karena Allah.”

Doa Selepas Solat Tarawih

Selepas selesai melakukan solat tarawih, Imam solat biasanya akan membacakan doa. Adapun berikut bacaan doanya.

اَللهُمَّ اجْعَلْنَا بِالْإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ. وَلِلْفَرَائِضِ مُؤَدِّيْنَ. وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنَ. وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِيْنَ. وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ. وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ. وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ. وَعَنِ الَّلغْوِ مُعْرِضِيْنَ. وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ. وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ. وَبَالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ. وَلِلنَّعْمَاءِ شَاكِرِيْنَ. وَعَلَى الْبَلاَءِ صَابِرِيْنَ. وَتَحْتَ لِوَاءِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ وَعَلَى َ وَإِلَى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ. وَمِنَ النَّارِ نَاجِيْنَ. وَعَلى سَرِيْرِالْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ. وَبِحُوْرٍعِيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ. وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاِسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ. وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ. وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًّى شَارِبِيْنَ. بِأَكْوَابٍ وَّأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِّنْ مَعِيْن. مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَآءِ وَالصَّاوً. ذلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللهِ وَكَفَى بِاللهِ عَلِيْمًا. اَللهُمَّ اجْعَلْنَا فِى هذِهِ اللَّيْلَةِ الشَّهْرِالشَّرِيْفَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الْمَقْبْوْل وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِه وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِه وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِه وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.

Maksudnya:

“Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Solat Witir Selepas Solat Tarawih

Pelaksanaan solat tarawih tidak afdol jika tidak diikuti dengan solat witir.

Selain itu, jika dilakukan di bulan ramadhan ganjaran yang diperoleh akan berlipat ganda

Berapa jumlah rakaat solat witir yang harus dikerjakan?

Pada dasarnya solat witir dikerjakan dengan bilangan ganjil yakni satu rakaat, tiga rakaat, dan seterusnya.

Secara umumnya pengerjaan solat witir selepas solat tarawih biasa dikerjakan dua rakaat kemudian dilanjutkan satu rakaat

Niat solat witir

Berikut niat solat witir baik itu satu rakaat, dua rakaat, maupun tiga rakaat.

Niat solat witir satu rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ (مَأْمُوْمًا/إِمَامًا) ِللهِ تَعَالَى

Ushallii sunnatal-witri rok’atan mustaqbilal qiblati [makmuuman / imaaman] lillaahi ta’aalaa.

Maksudnya:

“Saya (berniat) mengerjakan Solat Sunnah Witir, satu raka’at dengan menghadap kiblat, [makmum / imam], karena Allah Ta’ala”.

Niat solat witir dua rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ (مَأْمُوْمًا/إِمَامًا) ِللهِ تَعَالَى

Ushallii sunnatal-witri rak’ataini mustaqbilal qiblati [makmuuman / imaaman] lillaahi ta’aalaa.

Maksudnya:

“Saya (berniat) mengerjakan Solat Sunnah Witir, dua raka’at dengan menghadap kiblat, [makmum / imam], karena Allah Ta’ala”.

Niat Solat witir tiga rakaat

اُصَلِّى سُنَّةَ الْوِتْرِثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ (مَأْمُوْمًا/إِمَامًا) ِللهِ تَعَالَى

Ushallii sunnatal-witri salasa’raka’atin mustaqbilal qiblati [makmuuman / imaaman] lillaahi ta’aalaa.

Maksudnya:

“Saya (berniat) mengerjakan Solat Sunnah Witir, tiga raka’at dengan menghadap kiblat, [makmum / imam], karena Allah Ta’ala”.

Kelebihan Solat Tarawih

Bulan ramadhan memang penuh dengan berkah dan pahala, sayang apabila kita tidak memperbanyak pahala tersebut dengan solat tarawih.

Jika kita tahu, banyak kelebihan solat tarawih pabila dilaksanakan dengan istiqomah dan khusyuk. Berikut diantaranya:

1. Mendapat ampunan dosa

Dari hadist Abi Hurairah radliyallahu ‘anh, Rasulullah bersabda

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرَغِّبُ فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيهِ بِعَزِيمَةٍ فَيَقُولُ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya :

Rasulullah gemar menggalakkan bulan Ramadhan dengan anjuran yang tidak keras. Beliau berkata: ‘Sesiapa yang melakukan ibadah (solat tarawih) di bulan Ramadhan hanya karena iman dan mengharapkan ridha dari Allah, maka baginya di ampuni dosa-dosanya yang telah berlalu” (HR Muslim).

2. Solat tarawih penuh berjemaah seperti solat semalam penuh

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengumpulkan keluarga dan para sahabatnya. Lalu beliau bersabda,

إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةً

“Siapa yang solat bersama imam sampai ia selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh.”[8] Hal ini sekaligus merupakan nasehat agar kaum muslimin melaksanakan solat tarawih secara berjemaah dan mengikuti imam hingga selesai.”

3. Solat tarawih merupakan seutama-utamanya solat

Ulama-ulama Hanabilah (madzhab Hambali) mengatakan bahwa seutama-utamanya solat sunnah ialah solat yang dianjurkan dilakukan secara berjemaah. Kerana solat seperti ini hampir serupa dengan solat fardu.

Kesimpulan

Solat tarawih biasa dikerjakan bakda isya’ dan sebelum solat witir .

Solat tarawih merupakan solat sunnah muakkad yang sangat digalakkan pada bulan Ramadhan.

Solat tarawih sudah dikerjakan rasulullah sejak tahun kedua hijrah tepatnya pada tanggal 23 Ramadhan.

Ada perbedaan jumlah rakaat untuk setiap mazhab yakni 20 rakaat untuk kalangan mazhab Syafi’i, Hambali, dan Hanafi sedangkan Imam Maliki 8 rakaat.

Semoga kita selalu berada dalam lindungan Allah dan semoga kita juga termasuk kedalam orang orang yang bisa melaksanakan solat tarawih dengan khusyuk dan istiqomah. Aamiinn.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *