gambar solat hajat
Sholat

Doa Selepas Solat Hajat

Mohon kepada Allah berkaitan dengan keperluan yang anda mahukan dengan solat hajat. Jangan lupa untuk membaca doa selepas solat hajat berikut ini!

Setiap manusia mesti mempunyai hajat atau keinginan dalam hidupnya.

Oleh kerana itu, selain berusaha dengan bersungguh-sungguh, cara lain yang mesti dilakukan agar hajat dapat direalisasikan adalah berdoa kepada Allah.

Salah satu doa mustajab diantaranya iaitu doa di petang hari.

Doa ini boleh dipanjatkan saat qiyamul lail.

Contoh qiyamul lail seperti solat tahajud dan solat hajat.

Solat hajat, iaitu solat sunat yang bertujuan untuk memohon agar hajat atau keinginan kita dapat terealisasikan.

Dalam artikel ini, kami akan memberitahu bacaan doa selepas solat hajat rumi serta terjemahan.

Namun, sebelumnya kami akan menerangkan terlebih dahulu pengertian solat hajat secara terperinci.

Solat Hajat

Solat hajat merupakan solat sunat yang dilakukan oleh seseorang untuk meminta kepada Allah atas sebuah keperluanatau hajat.

Solat hajat  jika dilihat dari segi bahasa berasal dari kata  حَاجَةٌ (Hajat) yang bermaksud keperluan.

Jadi bagi sesiapa yang mahukan sesuatu atau hajat, maka lakukanlah solat ini.

Allah sangat menyukai hamba-hambanya yang berdoa dan meminta sesuatu kepadanya.

Baik itu keperluannya kecil mahupun yang besar

Bahkan Nabi mengajar para sahabatnya untuk meminta keperluan atau hajat mereka kepada Allah SWT.

Walaupun yang diminta hanyalah garam dan tali untuk mengikat sandal yang patah.

Ini dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Tirmidzi.

Di mana Nabi bersabda: 

لِيَسْاَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَجَتَهُ حَتَّى يَسْاَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْاَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَاانْقَطَعَ

Maksudnya:

“Hendaklah salah seorang dari kalian selalu meminta kebutuhannya kepada Allah, sampai pun ketika meminta garam, sampai pun meminta tali sandalnya ketika patah.” (HR. Tirmdzi; Hasan) 

Betapa baiknya berdoa kepada Tuhan dengan hati yang tulus dan ikhlas. 

Jumlah Rakaat Solat Hajat

Jumlah rakaat solat hajat sangat mirip dengan solat sunat lain semisal solat tahajjud dan solat dhuha. 

Iaitu minimum dua rakaat dan maksimal dua belas rakaat dan setiap dua rakaat berakhir dengan satu salam.

Waktu Solat Hajat

Solat sunat hajat dapat dilakukan kapan saja, baik di siang hari atau di malam hari.

Dianjurkan untuk mengerjakan solat hajat di waktu mustajab.

Iaitu sepertiga malam akhir antara pukul 01.00 malam hingga menjelang waktu subuh.

Sebelum melakukan solat hajat disarankan untuk solat tahajjud terlebih dahulu.

Lalu, dzikir sebentar dengan membaca surat Al Fatihah yang dikhususkan untuk Nabi Muhammad, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.

Baru kemudian kerjakan solat hajat ini. 

Niat Solat Hajat

Berikut bacaan niat solat hajat yang perlu Anda ketahui

اُصَلِّى سُنَّةَ الْحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

“Usholli sunnatal-haajati rok’atayni lillahi ta’aala”.

Maksudnya :

“Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

Itulah niat solat hajat yang harus Anda hafal untuk memudahkan Anda melakukan solat ini.

Prosedur Solat Hajat

Tidak ada perbezaan dalam prosedur solat hajat, pelaksanaan solat sunat ini sama dengan solat sunat lainnya iaitu bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

Perbezaannya hanya terletak pada niat sahaja.

Untuk memudahkan anda melakukan sola hajatt berikut, urutan atau tata cara solat hajat yang harus dilakukan.

Rakaat Pertama:

  • Berniat
  • Takbiratul ihram, dilanjut dengan membaca doa iftitah
  • Membaca surat Al-Fatihah
  • Membaca surat dalam Al Quran
  • Ruku secara tuma’ninah
  • I’tidal (bangun dari ruku) secara tuma’ninah
  • Sujud secara tuma’ninah
  • Duduk diantara dua sujud secara tuma’ninah
  • Sujud kedua secara tuma’ninah

Rakaat Kedua:

  • Berdiri untuk raka’at kedua
  • Membaca surat Al-Fatihah
  • Membaca Surat dalam Al Quran
  • Ruku’ secara tuma’ninah
  • I’tidal (bangun dari ruku) secara tuma’ninah
  • Sujud secara tuma’ninah
  • Duduk diantara dua sujud secara tuma’ninah
  • Sujud kedua secara tuma’ninah
  • Duduk tasyahud akhir secara tuma’ninah
  • Mengucapkan salam

Lakukan setiap gerakan solat dengan teratur atau berurutan, agar solat yang anda lakukan itu sah dan diterima oleh Allah SWT.

Jika Anda masih belum paham baca artikel tentang cara solat.

Selepas solat hajat selanjutnya adalah membaca doa.

Doa Selepas Solat Hajat

Selepas mengerjakan solat hajat jangan segera meninggalkan tempat solat.

Bacalah bacaan dzikir dan doa, dengan harapan hajat dan keperluan yang kita mahu didengar dan dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacaan dzikir ini diawali dengan istigfar dan diakhiri dengan bacaan doa selepas solat hajat.

Berikut urutannya:

1. Membaca istigfar 

Bacalah istigfar sebanyak 1000 kali iaitu:

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيمِ

“Astaghfirullahal-‘adzhiim”

Maksudnya :

“Saya memohon pengampunan kepada Allah yang Maha Besar/Maha Agung”

Atau yang lebih lengkap lagi seperti ini :

اَسْتَغْفِرُاللهَ رَبِّي مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَاَتُوبُ اِلَيْهِ

“Astaghfirullaha Robbii min kulli dzanbin wa atuubu ilayhi”

Maksudnya :

“Saya memohon pengampunan kepada Allah Tuhanku, dari dosa-dosa dan saya bertaubat kepada-Mu”

2. Membaca sholawat Nabi

Selepas membaca istigfar 1000 kali seterusnya adalah membaca sholawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW sebanyak 100 kal.i 

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةَ الرِّضَا وَارْضَ عَنْ اَصْحَابِ الرِّضَاالرِّضَا

“Allahumma sholli ‘alaa muhammadin sholaatar-ridhoo wardho ‘an ashaabir-ridhor-ridhoo”

Maksudnya :

“Ya Allah, beri karunia kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad, kesejahteraan yang diridhoi dan ridhoilah dari pada sahabat sahabat sekalian”

3. Membaca doa solat hajat 

Selepas kita membaca istigfar dan sholawat Nabi, maka, barulah membaca doa solat hajat. 

Doa ini kami sediakan kedalam bacaan rumi berserta terjemahannya agar mudah dipahami.

Adapun berikut doanya:

لَاِلَهَ اِلَّااللهُ الْحَكِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّوَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ اِثْمٍ لَا تَدَعْ لِى ذَنْبًا اِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا هَمًّا اِلَّافَرَّجْتَهُ وَلَاحَاجَةً اِلَّا هِيَ لَكَ رِضًااِلَّاقَضَيْتَهَا يَااَرْحَمَ الرَّحِمِينَ

Doa selepas solat hajat rumi 

“Laa ilaaha illallahul hakiimul kariimu subhaanallahi rabbil ‘arsyil ‘adzhiim. Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin asaluka muujibaati rahmatika wa ‘azaaima maghfirotika wal ghoniimata min kulli birrin was-salaamata min kulli itsmin laa tada’ lii dzanban illa ghafartahu wa laa hamman illaa farrajtahu wa laa haajatan illaa hiya laka ridhon illaa qadhaytahaa yaa arhamar raahimiin”.

Maksud bacaan doa solat hajat

Tiada ada Tuhan selain Allah yang Maha Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah Tuhan pemelihara arsy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. KepadaMu-lah aku memohon sesuatu yang mewajibkan rahmat-Mu, dan sesuatu yang mendatangkan ampunan-Mu, dan memperoleh keuntungan pada tiap-tiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa dari pada diriku, melainkan Engkau ampuni dan tidak ada sesuatu kepentingan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan Penyayang” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Abu Aufa).

Doa Memohon Hajat

doa selepas solat hajat

Doa memohon hajat rumi

Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘azaa ‘ima magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.

Allahumma innaka tasma’u kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba’isulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal

Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘aman khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu

Maksud doa memohon hajat (terjemahan):

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.

Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.

Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Kelebihan Solat Hajat

Dari kelebihan solat hajat selain dikabulkannya hajat dan kebutuhan, ada kelebihan lain yang boleh diperoleh sekiranya anda mengerjakan solat hajat dengan istiqomah.

Sekurang kurangya ada 4 kelebihan yang didapat apabila melakukan solat hajat:

1. Dicintai oleh Allah

Ibadah sunat termasuk ibadah yang sangat dicintai oleh Allah, salah satunya adalah solat sunat hajat ini. 

Allah berfirman:

إِنَّ اللهَ تَعَالَـى قَالَ : مَنْ عَادَى لِـيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْـحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَـيَّ مِمَّـا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَـيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ

Maksudnya:

“Sesiapa yang memusuhi wali-saya, sungguh saya menyatakan perang kepadanya. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih saya cintai dari pada perkara yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunat hingga Aku mencintainya.” (HR.Bukhori).

2. Dinaikkan darjatnya

Sekiranya seseorang dapat melaksanakan dan memperbanyak solat, termasuk solat sunat hajat, maka orang itu akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT.

Allah berfirman:

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً

Maksudnya :

“Hendaklah engkau memperbanyak sujud (perbanyak solat) kepada Allah. Kerana tidaklah engkau memperbanyak sujud kerana Allah melainkan Allah akan menaikkan darjat mu dan menghapus dosamu” (HR. Bukhori).

3. Dosanya Diampuni

Sudah tentu salah satu cara agar dosa kita diampuni adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Salah satu mediaanya adalah dengan menunaikan solat hajat. Dengan solat hajat maka dosa hamba akan diampuni.

Dengan memohon doa ampunan kepada Allah pada saat solat hajat, dosa dosa hamba akan diampuni.

4. Dimakbulkan Hajatnya

Salah satu keutamaan melaksanakan solat hajat adalah dimakbulkan segala hajat-hajatnya

Rasulullah bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّراً

“Barang siapa berwudhu dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua raka’at dengan sempurna maka Allah memberi apa saja yang ia minta, baik segera maupun lambat”, (HR. Ahmad).

Kesimpulan:

  • Solat hajat adalah solat sunat yang dilakukan dengan tujuan agar hajat atau keinginan kita bisa segera terwujud.
  • Jumlah rakaat dalam solat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dan maksimum 12 rakaat
  • Solat boleh dilakukan bila-bila masa,Tetapi yang lebih penting dilakukan pada sepertiga malam.
  • Dianjurkan selepas melakukan solat hajat untuk membaca doa seperti yang telah kami katakan diatas.

Demikianlah penjelasan mengenai doa selepas solat hajat bersama dengan penerangan terperinci mengenai solat hajat. 

Semoga apa yang menjadi hajat kita bisa dikabulkan melalui solat sunat ini.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *